Travel Wedding Fine Art Animal Portrait Emotion

Pages - Menu

Saturday, March 15, 2014

'Mood' datang kembali


Salam! Agak lama tak update, blog ni dah macam rumah nak kene lelong di tambah tak berpenghuni je hehe. Kalau rumah kosong, hantu dah beranak pinak agaknya (bahasa kiasannya gitulah). Alhamdulillah masih di beri peluang olehNya untuk menghirup oksigen secara percuma tanpa sebarang bayaran mahupun tax, tapi masih merasakan diri ini belum bersyukur dan merupakan hamba pendosa yang asyik melakukan kesalahan yang berulang-ulang hmm. Dalam masa yang sama, dengan pengharapan dengan rahmat dan kasih sayangNya, moga-moga dosa kita yang lalu diampuni. Amin 


“Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah SWT, kamu akan diberi rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung – keluar daripada sangkarnya dalam keadaan perut kosong, dan balik kembali ke sangkar dalam keadaan kenyang.” 

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid (14 Feb 2014)


Dekat sini pula tempat paling best lepak-lepak. Kadang-kadang rasa sedih dek kerana emosi kurang stabil dengan karenah manusia yang pelbagai, nasib baik ada juga makhluk yang tidak berakal yang sifar dosanya sudi teman mamat ni kiki. Bila fikir balik, KESEDIHAN itu mendekatkan diri dengan PenciptaNya. Kan?

No comments:

Post a Comment